Monday, March 5, 2012

Istilah Makanan Berkaitan " BABI "




mungkin ramai umat Islam yang tidak tahu mengenai label-label yang ditulis dengan sitilah seperti " This Produce Contain Subtance From Porcine " sebenarnya bermaksud " produk ini mengandungi bahan daripada babi ". Selain itu, antara label yang kerap digunakan ialah " The Source of Gelatin Capsule is Porcine " yang bermaksud " kapsul dari gelatin babi ".

Berikut istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi gelatin babi :-

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Hog : Istilah untuk babi dewasa yang mengandungi berat melebihi 50kg.

4. Boar : Babi liar.

5. Lard : Lemak babi yang digunakan untuk membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon : Daging haiwan yang disalai ( termasuk babi ).

7. Ham : Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow : Istilah untuk babi betina yang dewasa ( jarang digunakan ).

9. Sow Milk : Istilah untuk susu babi.

10. Pig : Istilah umum untuk seekor babi@sebenarnya bermaksud babi muda yang beratnya kurang 50kg.

11. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan@berasal daripada babi.



P/S : Sebarkan kepada semua saudara mara or sahabat kita agar lebih berhati-hati dan peka terhadap hal ini agar tidak terlepas pandang semasa pembelian@pemilihan makanan. sebarkan ..!!  


Saturday, November 26, 2011

Kelebihan Surah Al-Khauthsar



Surah ini pendek sahaja dan hanya mempunyai 3 ayat. ia diturunkan di Mekah yang membawa maksud " Sungai di Mekah ". kolam sungai ini diperbuat daripada sebuah permata yang begitu cantik dan indah. 


Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w kerana ianya diturunkan semasa Rasullullah sedang berduka kerana kematian dua orang yang amat dikasihinya iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.




Antara kelebihan surah ini ialah :




1) Baca surah ini  ketika hujan dan berdoa agar Allah s.w.t memakbulkan doa kita.


2) Jika kita kehausan dan ketiadaan air, bacalah ayat ini kemudian gosokkan di leher. Insyaallah, dahaga anda akan hilang.


3) Jika kita sering kali sakit mata seperti, berair, bengkak atau gatal, sapukan air mawar yang telah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.


4) Jika rumah kita dipercayai terkena sihir, baca surah ini sebanyak 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t memberi petunjuk kepada kita dimana terletaknya sihir tersebut.


5) Jika kita membaca surah ini sebanyak 1000x, nescaya rezeki kita akan bertambah.


6) Jika kita rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk sewaktu menunaikan solat lima waktu.


7) Sekiranya orang yang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah, sabaliknya dizalimi.






P/S : sebagai perkongsian kita bersama seterusnya dapat dijadikan amalan dalam kehidupan seharian kita.


Thursday, October 27, 2011

Rahsia Penyakit Melalui Jari



Jari telunjuk: Usus

Jari Tengah: Jantung

Jari Manis : Imuniti 
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn
masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

Selain itu, urat biru atau hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..






Thursday, June 9, 2011

Parah menimpa..!!


HANCUR BERKECAI


hatiku luluh,kesah dan gelisah,
aku x penah rasa mcm ni sebelum ni,
aku xtaw nak mengadu kat sape,
kenapa dan mengapa semua ni terjadi kepadaku??
aku benci dengan diri aku sendiri.
aku bagaikan sebuah rumah yang sudah patah tiangnya
dan hanya menanti masa untuk rebah ke bumi.

aku sedar...
semua yang terjadi ni adalah kesilapan diri aku sendiri.
aku terpaksa menghadipinya sendiri
aku seharusnya kuat dan bukannya lemah mcm ni.
mungkin ini adalah yang terbaik untuk aku.
tapi sampai bila aku harus mengharunginya?
aku dah jadi macam mayat hidup.
fikiran aku melayan entah kemana..
segala kerja yang aku buat tidak menjadi..
YA ALLAH YA TUHANKU..
bantulah aku..


Thursday, April 7, 2011

Awas..!!..Telur Tiruan...

Assalamualaikum  w.b.t...

Haaiipp2..terasa bosan la pulak malam ni, nak study pon xde mood lagi. tuggu mood study datang baru la boleh study. so, sambil2 tunggu mood study 2 datang nak berentri dulu lah..hak2. sebenarnya xde modal sangat nak berentri, tapi malam ni aku nak kongsi satu info penting jew dengan korang semua sebagai pengetahuan kita bersama n supaya kita lebih berhati-hati lepas ni n korang pun boleh kongsi info ni dengan geng2 korang..!!



Info Telur Tiruan
  1. Sama seperti telur gred A tetapi tidak mempunyai rasa selepas dimasak.
  2. Putih dan kuning telur akan segera bercampur, berbuih dan kelihatan cair apabila di pecahkan. Pusat telur @ chalazae juga tidak kelihatan seperti telur biasa.
  3. Warna kuning telur lebih terang.
  4. Cengkerang telur agak berkilat berbanding telur biasa.
  5. Bunyi akan kedengaran bila digoncang kerana mengandungi air berlebihan daripada bahan pepejal.
  6. Ketika digoreng, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
  7. Mengandungi asid benzoik (bahan pengawet) yang menyebabkan kerosakan otak, sel saraf dan penyakit hati.
  8. Kalsium klorida pada kulit, alum digunakan sebagai bahan pelembut dan asid amino dijadikan bahan penambah rasa yang memberi kesan kepada sistem saraf, penyakit hati dan saluran darah.

* telur ni diperbuat daripada kalsium karbonat, dan kulitnya pula diperbuat daripada lilin parafin. isinya pula diperbuat daripada alum, natrium, asid benzoik, gelatin, kalsium klorida, air dan juga pewarna.


P/S: diharapkan kita semua lebih berhati-hati selepas ini dan sebarkan kepada orang ramai terutama ahli keluarga kita agar tidak membeli@terbeli telur tiruan kerana ia amat berbahaya dan boleh menyebabkan penyakit kronik@membawa maut.


Saturday, April 2, 2011

promosi terhangat..!!

Assalamualaikum w.bt...

lama x berentri. so, terasa nak berentri pulak hari ni. xnak cakap banyak juz nak promote handfon ( nokia c5-03 ) jew kali ni. ada sape2 nak beli x? ayuuuhhh..sementara stok masih ada. sample ada kat bawah.

( RM600 sahaja )








kelebihan :


  • TFT touchscreen 
  • kedekatan sensor untuk turn-off
  • accelerometer sensor untuk auto-rotate
  • camera 5 MP
  • video VGA @ 15fps
  • Wi-Fi 802 teknologi UPNP
  • CPU ARM 11 600 MHz  processor
  • Radio FM stereo radio
  • Games dan java download
  • GPS nokia maps
  • Flash lite 3.0
  • bateri Li-Ion 1000 mAh ( bercakap sehingga lebih 11 jam ) 

Terdapat banyak kelebihan nokia c5-03 ini. baru diguna pakai selama  2 bulan dan kualitinya masih lagi terjamin. harga yang diletak ialah RM600 dan masih boleh dirunding lagi. jika ada sesiapa yang berminat untuk membelinya boleh lah menghubngi no ini 0136711825. capaatt..ape tunggu lagi..sementara stok masih ada!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, March 16, 2011

Kem BTN Perlis


Assalamualaikum  w.b.t...

hey..hey..hey..ketemu lagi kita ya setelah sekian lama aku menyepikan diri, setelah sekian lama  aku tidak berentri, akhirnya hari ni muncul dengan entri baru yang masih panas macam pisang goreng ni haa...haha.

Actually, aku bukannya xnak update blog ni, tapi xde masa sangat sekarang. nak2 lagi minggu lepas sebab buzy dengan xsiment. tapi syukur alhamdulillah sebab sekarang ni xsiment semuanya dah siap. hari jumaat, sabtu n ahad pulak aku join kem kepimpinan anak-anak negeri di Kaki Bukit Perlis. kem yang aku join ni under Biro Tata Negara ( BTN ). aku sesaje jew join kem ni sambil-sambil tu boleh hilangkan boring kan.huhu..





 pic ni di snap masa mula-mula sampai kat kem tu




di pulak masa hiking untuk p ke dom..kena hiking dulu..deeiihh


pemandangan kat kem kaki bukit..lawa x??


ni masa otw nak pegi berkhemah kat dlm hutan



kat tapak perkhemahan..kete peninggalan jepun tu kot..hehe


memasak sambil mengayat aweks

masa goreng telur dadar

ikan kering bakaq

masa masak sayur

masak ikan sardin

hidangan istimewa

hahaha..ni xtiviti yang paling aku suka, kena masak..macam-macam lauk yang geng2 aku masak. sampaikan ikan kering pun kitaorang bakar..haha..tapi masak punyer masak n lepas siap semua, kitaorang diarahkan untuk tukar tempat dengan kumpulan lain pulak.aadeehh..nasib la kan. macam group aku ni kira beruntung la sebab tukar tempat dgn group yang pandai memasak. makan pun kira berselera la. group yang dapat makanan drp group aku pulak kira nyanya la sebab nasi pun dorang makan x habis..macam mana nak habis sebab nasi yang group aku masak tu mentah..hahaha..nasib badan..saboo jelaaa..!!




ni tyme nak balik usm dah..!!



P/S: boleh dikatakan seronok jugak la p kem ni sebab dapat pengalaman n member-member baru. tapi xtiviti outdoor tu sikit sangat. ermm x kisah la kan janji masa join tu kita enjoy. kalau ada lagi kem-kem macam ni confirm aku join lagi sebab dapat makan free..hehehe

Saturday, March 5, 2011

Tersentap W00ooo....

Assalamualaikum w.b.t  ibu-ibu n bapak-bapak semua...

Mood hari ni adalah sedang beriang ria n berasa appy sangat-sangat. nak tahu x kenapa? nak suh aku cite x??ok...kalau bisa aku ceritain..passs..ti..kalian enggakkan percaaa...yaa..hak2..ce citee..ce citee..baeklah.ceritanya begini...T____T..

pada suatu hari, burung-burung pun berkicauan pada hari itu, ada yang bekerja, ada yang bergembira..tetapi, aku pula asyik duk on9 facebook jew di dalam bilik. tetiba tertengok lah satu benda ni kat dalam pesbook, tetiba jew aku terus tersentap. yang tu ok lagi. bila duk baca-baca, duk belek-belek, duk usha-usha tengok dan bila kilat sabung menyabung lagi la aku tersentap.


Ni dia haa benda yang buat aku tersentap..jadual exam dah kuar la bhai. mau nye x tersentap..wakaka..sape yang x tersentap wei, kalo buku pun kite belum sentuh ape-ape lagi tuttt2 tengok jadual exam dah siap kua. alahai..sukanya saya..rasa macam x sabar2 jew nak exam, rasa  nak glepa dodeng-dodeng pun ada ( gelak guling-guling )..yang jadual ni pun satu, awal giler ko keluar yepp.. sape la orang yang bikin jadual tu, aku belom ready lagi la weii..haaadooii..!!!

keluar awal tu dah satu hal kan, tapi yang xleh nak blah skali jadual exam aku.. bala..bala..bala bala bala..haaaii...bala sungguh. malas nak cite panjang-panjang, korang tengok sendiri la jadual aku kat bawah ni. naik poning kepalo eden ni tengok jadual tu..berjunjuk-junjuk macam gerai kat p.malam dah exam aku nanti.

SUBJEK
HARI
TARIKH
WAKTU
( HSB 223 )
SEJARAH ASIA SELATAN

ISNIN

25/04/2011

2.15 PTG
( HST 121 )
TANAH BESAR ASIA TENGGARA

SELASA

26/04/2011

2.15 PTG
( HPA 201E )
MAJOR THEMES IN SELECTED WORLD RELIGIONS

KHAMIS

28/04/2011

9.00 PAGI
( HSE 252E )
HISTORY OF MODERN EUROPE 1789-1945

JUMAAT

29/04/2011

9.00 PAGI
( STU 243 )
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN

JUMAAT

29/04/2011

3.00 PTG
                    
Amacam..suka tak tengok jadual kat atas tu??ada yang nak gelak guling-guling x??kalau sem lepas tu ada la jugak gap untuk study n xdela rapat-rapat sangat macam sem ni. yang ni bukan stakat rapat ,tapi memang rapat tahap dewa dah..so, kena study awal-awal la jawabnya, kalau x compem kebuluran dalam dewan exam nanti. ni la masalahnya,  aku ni bukannya jenis yang  study awal-awal macam orang lain. ermmm..sabooo jelaa..

Tapi suka jugak ni.. bukan sebab jadual exam yang begitu padat itu. suka sebab sem ni cuti untuk study week  dua minggu. kalo sem lepas seminggu je..hahaha..so, konklusinya, boleh balik kampung la kan..ok lah, guwa chau dulu, nak siapkan xsiment untuk hantar minggu depan n  prepare untuk presentation hari isnin ni pulak....daaaaaaa

Tuesday, March 1, 2011

Rezeki daripada contest pertama


Assalamualaikum w.b.t semua.....
 
Sedar x sedar hari ni dah masuk bulan ke-3 pada tahun 2011 kan. cepat betul masa berlalu, belek punya belek kalendar hari ni dah 01/03/2011. hadoii..kira exam pun dah semakin dekat la kan...mak aaaii...exam dah dekat, buku pulak belom sentuh lagi..sabooo jelaa..hak3

Mood hari ni adalah tersangat-sangat teruja n rasa tak percaya pun ada jugak. nak tahu x kenapa??..ce citee..ce citee..!!ok2..tadi aku buka la blog kan, so aku tengok la kat trafik dalam blog aku neyh..tengok2 ramai pulak yang view blog aku ni dari blog Abang Man. alah, blog yang aku join contest pasal ibu hari 2. so, aku pun view la pulak blog Abang Man ni. view punyer view korang nak tahu tak ape yang aku nampak??aku nampak ni...
V
V
V
V
V
 BLOG SYAFIQ

Rupa-rupanya result pasal contest yang aku join hari tu dah keluar hari ni. dan yang paling aku x pecaya n xleh blah skali ialah blog aku pun menang jugak..haha..tapi menang pun bukan tempat yang pertama, aku tersenarai dalam 5 buah blog yang dapat topup RM30. pemenang tempat pertama pulak dapat RM200. x kisah la kan, janji menang jugak. mybe ni rezeki aku yang pertama dalam bulan March ni..hehe..kalau korang nak baca entri yang aku pertaruhkan tu juz klik kt banner atas tu jew k..

Tapi aku memang x percaya la boleh menang contest ni sebab blogger-blogger yang join semuanya hebat-hebat n aku join hari tu pun juz suka-suka jew. ni pulak merupakan contest yang pertama aku join, so lagi-lagi la x sangka boleh menang. apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih sangat-sangat kepada Abang Man sebab menganjurkan contest ni dan memilih aku sebagai pemenang ( topup RM30 ). kepada pemenang tempat pertama tu tahniah aku ucapkan. 

Saturday, February 26, 2011

keunikan tahun 2011...


Assalamualaikum w.b.t.... 

Say..selamat berhujung minggu semua kepada blogger-blogger yang sudi singgah kat blog guwa yang usang ini. hujung-hujung minggu macam ni kira ada la jugak masa terluang untuk berentri dan berblog walking kan. lagi pun, xsiment semua dah senttle n dah hantar pun..waahh..sukannya..tapi kena prepare untuk presentation minggu  depan la pulak..xpe-xpe, lambat lagi tue, so sempat lagi nak berkasih sayang dengan blog ni..hahaha


Ini hari guwa mau berkongsi sedikit info yang boleh dikatakan unik dan menarik untuk difikirkan dan juga sebagai pengetahuan kita bersama iaitu mengenai keunikan tahun 2011. 
Ok, kalau kita semua perasan la kan, 2011 ni merupakan tahun yang mempunyai 4 tanggal yang aneh iaitu :

1.1.11 >>> 11.1.11 >>> 1.11.11 >>> 11.11.11

haha..ada prasan x tarikh-tarikh kat atas 2..??pelik x..??unik x..??teruja x..??kalau korang x cukup teruja or x terasa bangga lagi dengan tarikh-tarikh kat atas tue, sekarang korang cuba benda yang kat bawah ni pulak. lepas cuba ni, korang fikir-fikirkanlah yup~~~

sila, acu, cuba, try, test yang kat bawah ni ok:
ambil 2 digit terakhir tahun kelahiran korang pastu korang campur dengan umur korang tahun ini. hasilnya pasti =111



P/S: bila kita fikirkan balik, tahun 2011 ni adalah tahun yang unik berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. so, lihatlah betapa besarnya kekuasaan Allah s.w.t.

Wednesday, February 23, 2011

serabut wesss...!!!


Say Assalamualaikum w.b.t semua....
Hampir seminggu jugak kawe x mengupdate blog. hal ini demikian kerana, terlalu malas dan juga tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk berbelog. bak kata orang, terlalu buzy sampai mengalahkan PM..ha2

Di samping itu juga, saya mempunyai masalah dan juga kekusutan dari segi fizikal dan mental. Terlalu banyak masalah yang saya hadapi ketika ini yang mana telah mempengaruhi kerajinan saya untuk berentri..itu sahaja ulasan saya, tak mahu berkata lebih takut nanti ada yang terasa n sakit hati. 

Namun begitu, hari ini merupakan hari Rabu bersamaan 23/02/2011, mood untuk berentri telah datang secara mengejut lalu menyebabkan saya menulis entri..ceehhhwahh


Sekarang ni aku tengah membizikan diri dengan study xsiment. adeehh, naik pening n serabut dah kepala otak aku ni dengan xsiment yang berlambak-lambak ni ha. minggu ni jew 3 xsiment yang nak kena siapkan.sob3...minggu depan pulak kena prepare untuk 2 presentation. halamakk..boleh bikin mati secara mengejut kalo macam ni. 
Xsiment pula bukannya senang nak buat. baru je siap satu..huhu. kalo dalam BM ok la jugak, ni dalam BI.(bak kata usop pulak, ni la pentingnya English Education)..adeehh..dua, tiga hari ni kerja aku study..stdy..stdy..kalo tak dapat dekan lagi sem ni tak taw la..hak3
kerja banyak, masalah pun banyak. pendek kata semuanya banyak lah. masalah pulak bukan kita yang cari, dan bukan jugak datang sendiri, tapi orang yang bagi. nak buat macam mana kan....sabo jelaaaaa!!!

Ada tak sape-sape yang nak tolong siapkan xsiment aku ni??kalau ada...sila angkat tangan macam saya ( dalam versi usop antu kak Limah ) wakakaka..ok lah, nak sambung berxsiment, kalo x siap mati maaa...

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta

P/S: tidak sempurna hidup seseorang itu kalau tidak pernah menghadapi masalah.kita hanya manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. tapi kalau seseorang itu asyik mempunyai masalah,sampai bila dia akan bertahan..fikir-fikirkanlah~~

Wednesday, February 16, 2011

sukarelawan

Assalamualaikum w.b.t.....

Hari aku nak kongsi satu cerita atau pengalaman aku dengan sahabat-sahabat blogger semasa aku jadi sukarelawan bantu mangsa-mangsa banjir di Pagoh, Johor. aku join benda ni hari jumaat n sabtu lepas.

Program ni sebenarnya ambek masa selama 3 hari, tapi disebabkan aku sendiri yang turun padang, program ni just ambek masa selama 2 hari je..hahaha

Aku join program ni sebab nak hilangkan boring je. lagi pun jumaat, sabtu n ahad aku xde kelas, so ape salahnya kan sekali sekala kita isi masa lapang kita dengan melakukan kerja amal. mana la tahu kot2 dimurahkan rezeki lepas ni..hehehe



Cakap pasal rezeki ni pulak, kire aku ni bernasib baik jugaklah. masa nak p jadi sukarelawan tu, dapat duit RM75 sorang. aku ingat p buat kerja amal ni x dapat duit, nama pun sukarelawan kan. tapi last2 dorang bagi jugak. x kisah la kan, orang bagi kita ambek, tapi niat kita  p2 kena la iklas untuk bantu mangsa-mangsa banjir..hehehe



Masa nak bertolak 2 kita orang diberi topi n kasut bot. tengok kat atas 2, hensem x??dah orang bagi kita pakai jela kan. tapi ada jugak yang x pakai, sebab dorang malu. macam budak kampung katanya.Ahh.. peduli ape aku, dah aku ni memang budak kampung, so aku pakai jela.huhu..malas nak bebel panjang-panjang sebab sakit urat pun belum hilang lagi ni. so, korang layan jela pic2 kat bawah ni eyh...!!




 








P/S: sakit urat pun xpe janji seronok disamping dapat mencuba sesuatu yang baru dan pengalaman ini memang sukar untuk dilupakan. harap2 tahun depan dapat join lagi..huhuhu


Monday, February 7, 2011

Bolehkan perkataan " salam " digunakan??


Assalamualaikum  w.b.t....

hari ni tak mahu ngomong panjang-panjang sih sebab penat pun belum hilang lagi nih. baru sampai usm semalam setelah berada di kampung selama seminggu.huhu

memang penat giler ar semalam. masa nak balik usm jalan jem teruk. biasa nya x penat sangat sebab nek bas. semalam tumpang kereta sepupu tuttt2 kena drive pulak..halamak..sampai je usm terus tidur..huhu..ok la, hari ni aku just nak share benda kat bawah tu jew. dapat benda ni pun dari FB.




SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

 Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,
ASSALAMUALAIKUM or
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...




lLmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam aku dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “ Assalamualaikum  dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”
Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
skunk nie aku dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM” ( tak betol okey~..)

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.


Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.” Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..
 

P/S: Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..sebarkan secepat mungkin sebagai pengetahuan bersama.