Saturday, November 26, 2011

Kelebihan Surah Al-Khauthsar



Surah ini pendek sahaja dan hanya mempunyai 3 ayat. ia diturunkan di Mekah yang membawa maksud " Sungai di Mekah ". kolam sungai ini diperbuat daripada sebuah permata yang begitu cantik dan indah. 


Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w kerana ianya diturunkan semasa Rasullullah sedang berduka kerana kematian dua orang yang amat dikasihinya iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.




Antara kelebihan surah ini ialah :




1) Baca surah ini  ketika hujan dan berdoa agar Allah s.w.t memakbulkan doa kita.


2) Jika kita kehausan dan ketiadaan air, bacalah ayat ini kemudian gosokkan di leher. Insyaallah, dahaga anda akan hilang.


3) Jika kita sering kali sakit mata seperti, berair, bengkak atau gatal, sapukan air mawar yang telah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.


4) Jika rumah kita dipercayai terkena sihir, baca surah ini sebanyak 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t memberi petunjuk kepada kita dimana terletaknya sihir tersebut.


5) Jika kita membaca surah ini sebanyak 1000x, nescaya rezeki kita akan bertambah.


6) Jika kita rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk sewaktu menunaikan solat lima waktu.


7) Sekiranya orang yang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah, sabaliknya dizalimi.






P/S : sebagai perkongsian kita bersama seterusnya dapat dijadikan amalan dalam kehidupan seharian kita.


11 comments:

Neijie said...

nice entri..terima kasih atas erkongsian ini..^^..

syafiq ariffin said...

WELCOME...:))

Inibelongeqa said...

Nice info.. btw, kebetulan

3) Jika kita sering kali sakit mata seperti, berair, bengkak atau gatal, sapukan air mawar yang telah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
tgh sakit mata ni tp air mawar tade :O

syafiq ariffin said...

cuba dgn air suam..mana taw kot2 mnjadi..:))

NorFarahin@aien said...

mudah2an sama2 kter amalkan surah ini lam khidpn..n hayati intisari ny.. ^^

syafiq ariffin said...

aminnnn...:))

Anonymous said...

thank you for sharing :)

syafiq ariffin said...

sama-sama:)

eja samad said...

nice info,btw thanks 4 sharing~

syafiq ariffin said...

most welcome..=)

Unknown said...

good info..thanks ye^^