Monday, March 5, 2012

Istilah Makanan Berkaitan " BABI "




mungkin ramai umat Islam yang tidak tahu mengenai label-label yang ditulis dengan sitilah seperti " This Produce Contain Subtance From Porcine " sebenarnya bermaksud " produk ini mengandungi bahan daripada babi ". Selain itu, antara label yang kerap digunakan ialah " The Source of Gelatin Capsule is Porcine " yang bermaksud " kapsul dari gelatin babi ".

Berikut istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi gelatin babi :-

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Hog : Istilah untuk babi dewasa yang mengandungi berat melebihi 50kg.

4. Boar : Babi liar.

5. Lard : Lemak babi yang digunakan untuk membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon : Daging haiwan yang disalai ( termasuk babi ).

7. Ham : Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow : Istilah untuk babi betina yang dewasa ( jarang digunakan ).

9. Sow Milk : Istilah untuk susu babi.

10. Pig : Istilah umum untuk seekor babi@sebenarnya bermaksud babi muda yang beratnya kurang 50kg.

11. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan@berasal daripada babi.



P/S : Sebarkan kepada semua saudara mara or sahabat kita agar lebih berhati-hati dan peka terhadap hal ini agar tidak terlepas pandang semasa pembelian@pemilihan makanan. sebarkan ..!!