Showing posts with label FiQ Twopark. Show all posts
Showing posts with label FiQ Twopark. Show all posts

Thursday, June 9, 2011

Parah menimpa..!!


HANCUR BERKECAI


hatiku luluh,kesah dan gelisah,
aku x penah rasa mcm ni sebelum ni,
aku xtaw nak mengadu kat sape,
kenapa dan mengapa semua ni terjadi kepadaku??
aku benci dengan diri aku sendiri.
aku bagaikan sebuah rumah yang sudah patah tiangnya
dan hanya menanti masa untuk rebah ke bumi.

aku sedar...
semua yang terjadi ni adalah kesilapan diri aku sendiri.
aku terpaksa menghadipinya sendiri
aku seharusnya kuat dan bukannya lemah mcm ni.
mungkin ini adalah yang terbaik untuk aku.
tapi sampai bila aku harus mengharunginya?
aku dah jadi macam mayat hidup.
fikiran aku melayan entah kemana..
segala kerja yang aku buat tidak menjadi..
YA ALLAH YA TUHANKU..
bantulah aku..


Thursday, April 7, 2011

Awas..!!..Telur Tiruan...

Assalamualaikum  w.b.t...

Haaiipp2..terasa bosan la pulak malam ni, nak study pon xde mood lagi. tuggu mood study datang baru la boleh study. so, sambil2 tunggu mood study 2 datang nak berentri dulu lah..hak2. sebenarnya xde modal sangat nak berentri, tapi malam ni aku nak kongsi satu info penting jew dengan korang semua sebagai pengetahuan kita bersama n supaya kita lebih berhati-hati lepas ni n korang pun boleh kongsi info ni dengan geng2 korang..!!



Info Telur Tiruan
  1. Sama seperti telur gred A tetapi tidak mempunyai rasa selepas dimasak.
  2. Putih dan kuning telur akan segera bercampur, berbuih dan kelihatan cair apabila di pecahkan. Pusat telur @ chalazae juga tidak kelihatan seperti telur biasa.
  3. Warna kuning telur lebih terang.
  4. Cengkerang telur agak berkilat berbanding telur biasa.
  5. Bunyi akan kedengaran bila digoncang kerana mengandungi air berlebihan daripada bahan pepejal.
  6. Ketika digoreng, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
  7. Mengandungi asid benzoik (bahan pengawet) yang menyebabkan kerosakan otak, sel saraf dan penyakit hati.
  8. Kalsium klorida pada kulit, alum digunakan sebagai bahan pelembut dan asid amino dijadikan bahan penambah rasa yang memberi kesan kepada sistem saraf, penyakit hati dan saluran darah.

* telur ni diperbuat daripada kalsium karbonat, dan kulitnya pula diperbuat daripada lilin parafin. isinya pula diperbuat daripada alum, natrium, asid benzoik, gelatin, kalsium klorida, air dan juga pewarna.


P/S: diharapkan kita semua lebih berhati-hati selepas ini dan sebarkan kepada orang ramai terutama ahli keluarga kita agar tidak membeli@terbeli telur tiruan kerana ia amat berbahaya dan boleh menyebabkan penyakit kronik@membawa maut.


Saturday, April 2, 2011

promosi terhangat..!!

Assalamualaikum w.bt...

lama x berentri. so, terasa nak berentri pulak hari ni. xnak cakap banyak juz nak promote handfon ( nokia c5-03 ) jew kali ni. ada sape2 nak beli x? ayuuuhhh..sementara stok masih ada. sample ada kat bawah.

( RM600 sahaja )








kelebihan :


  • TFT touchscreen 
  • kedekatan sensor untuk turn-off
  • accelerometer sensor untuk auto-rotate
  • camera 5 MP
  • video VGA @ 15fps
  • Wi-Fi 802 teknologi UPNP
  • CPU ARM 11 600 MHz  processor
  • Radio FM stereo radio
  • Games dan java download
  • GPS nokia maps
  • Flash lite 3.0
  • bateri Li-Ion 1000 mAh ( bercakap sehingga lebih 11 jam ) 

Terdapat banyak kelebihan nokia c5-03 ini. baru diguna pakai selama  2 bulan dan kualitinya masih lagi terjamin. harga yang diletak ialah RM600 dan masih boleh dirunding lagi. jika ada sesiapa yang berminat untuk membelinya boleh lah menghubngi no ini 0136711825. capaatt..ape tunggu lagi..sementara stok masih ada!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, March 16, 2011

Kem BTN Perlis


Assalamualaikum  w.b.t...

hey..hey..hey..ketemu lagi kita ya setelah sekian lama aku menyepikan diri, setelah sekian lama  aku tidak berentri, akhirnya hari ni muncul dengan entri baru yang masih panas macam pisang goreng ni haa...haha.

Actually, aku bukannya xnak update blog ni, tapi xde masa sangat sekarang. nak2 lagi minggu lepas sebab buzy dengan xsiment. tapi syukur alhamdulillah sebab sekarang ni xsiment semuanya dah siap. hari jumaat, sabtu n ahad pulak aku join kem kepimpinan anak-anak negeri di Kaki Bukit Perlis. kem yang aku join ni under Biro Tata Negara ( BTN ). aku sesaje jew join kem ni sambil-sambil tu boleh hilangkan boring kan.huhu..





 pic ni di snap masa mula-mula sampai kat kem tu




di pulak masa hiking untuk p ke dom..kena hiking dulu..deeiihh


pemandangan kat kem kaki bukit..lawa x??


ni masa otw nak pegi berkhemah kat dlm hutan



kat tapak perkhemahan..kete peninggalan jepun tu kot..hehe


memasak sambil mengayat aweks

masa goreng telur dadar

ikan kering bakaq

masa masak sayur

masak ikan sardin

hidangan istimewa

hahaha..ni xtiviti yang paling aku suka, kena masak..macam-macam lauk yang geng2 aku masak. sampaikan ikan kering pun kitaorang bakar..haha..tapi masak punyer masak n lepas siap semua, kitaorang diarahkan untuk tukar tempat dengan kumpulan lain pulak.aadeehh..nasib la kan. macam group aku ni kira beruntung la sebab tukar tempat dgn group yang pandai memasak. makan pun kira berselera la. group yang dapat makanan drp group aku pulak kira nyanya la sebab nasi pun dorang makan x habis..macam mana nak habis sebab nasi yang group aku masak tu mentah..hahaha..nasib badan..saboo jelaaa..!!




ni tyme nak balik usm dah..!!



P/S: boleh dikatakan seronok jugak la p kem ni sebab dapat pengalaman n member-member baru. tapi xtiviti outdoor tu sikit sangat. ermm x kisah la kan janji masa join tu kita enjoy. kalau ada lagi kem-kem macam ni confirm aku join lagi sebab dapat makan free..hehehe

Saturday, February 26, 2011

keunikan tahun 2011...


Assalamualaikum w.b.t.... 

Say..selamat berhujung minggu semua kepada blogger-blogger yang sudi singgah kat blog guwa yang usang ini. hujung-hujung minggu macam ni kira ada la jugak masa terluang untuk berentri dan berblog walking kan. lagi pun, xsiment semua dah senttle n dah hantar pun..waahh..sukannya..tapi kena prepare untuk presentation minggu  depan la pulak..xpe-xpe, lambat lagi tue, so sempat lagi nak berkasih sayang dengan blog ni..hahaha


Ini hari guwa mau berkongsi sedikit info yang boleh dikatakan unik dan menarik untuk difikirkan dan juga sebagai pengetahuan kita bersama iaitu mengenai keunikan tahun 2011. 
Ok, kalau kita semua perasan la kan, 2011 ni merupakan tahun yang mempunyai 4 tanggal yang aneh iaitu :

1.1.11 >>> 11.1.11 >>> 1.11.11 >>> 11.11.11

haha..ada prasan x tarikh-tarikh kat atas 2..??pelik x..??unik x..??teruja x..??kalau korang x cukup teruja or x terasa bangga lagi dengan tarikh-tarikh kat atas tue, sekarang korang cuba benda yang kat bawah ni pulak. lepas cuba ni, korang fikir-fikirkanlah yup~~~

sila, acu, cuba, try, test yang kat bawah ni ok:
ambil 2 digit terakhir tahun kelahiran korang pastu korang campur dengan umur korang tahun ini. hasilnya pasti =111



P/S: bila kita fikirkan balik, tahun 2011 ni adalah tahun yang unik berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. so, lihatlah betapa besarnya kekuasaan Allah s.w.t.

Wednesday, February 23, 2011

serabut wesss...!!!


Say Assalamualaikum w.b.t semua....
Hampir seminggu jugak kawe x mengupdate blog. hal ini demikian kerana, terlalu malas dan juga tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk berbelog. bak kata orang, terlalu buzy sampai mengalahkan PM..ha2

Di samping itu juga, saya mempunyai masalah dan juga kekusutan dari segi fizikal dan mental. Terlalu banyak masalah yang saya hadapi ketika ini yang mana telah mempengaruhi kerajinan saya untuk berentri..itu sahaja ulasan saya, tak mahu berkata lebih takut nanti ada yang terasa n sakit hati. 

Namun begitu, hari ini merupakan hari Rabu bersamaan 23/02/2011, mood untuk berentri telah datang secara mengejut lalu menyebabkan saya menulis entri..ceehhhwahh


Sekarang ni aku tengah membizikan diri dengan study xsiment. adeehh, naik pening n serabut dah kepala otak aku ni dengan xsiment yang berlambak-lambak ni ha. minggu ni jew 3 xsiment yang nak kena siapkan.sob3...minggu depan pulak kena prepare untuk 2 presentation. halamakk..boleh bikin mati secara mengejut kalo macam ni. 
Xsiment pula bukannya senang nak buat. baru je siap satu..huhu. kalo dalam BM ok la jugak, ni dalam BI.(bak kata usop pulak, ni la pentingnya English Education)..adeehh..dua, tiga hari ni kerja aku study..stdy..stdy..kalo tak dapat dekan lagi sem ni tak taw la..hak3
kerja banyak, masalah pun banyak. pendek kata semuanya banyak lah. masalah pulak bukan kita yang cari, dan bukan jugak datang sendiri, tapi orang yang bagi. nak buat macam mana kan....sabo jelaaaaa!!!

Ada tak sape-sape yang nak tolong siapkan xsiment aku ni??kalau ada...sila angkat tangan macam saya ( dalam versi usop antu kak Limah ) wakakaka..ok lah, nak sambung berxsiment, kalo x siap mati maaa...

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta

P/S: tidak sempurna hidup seseorang itu kalau tidak pernah menghadapi masalah.kita hanya manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. tapi kalau seseorang itu asyik mempunyai masalah,sampai bila dia akan bertahan..fikir-fikirkanlah~~

Thursday, January 13, 2011

memaafkan sifat yang mulia


Assalamualaikum w.b.t....

Dah lama rasanya x berentri ni, dalam lima hari macam tu kot. Hari ni mood rajin datang, terus berentri sebelom mood tu hilang balik.sebenarnya, dua, tiga hari ni internet kat sini x boleh nak connet, so dah brapa hari x guna internet.nak buat keje sekolah pun susah..adeeehhhh!!

Hari ni nak kongsi sedikit ilmu dengan kekawang blogger ni. semalam aku ada terbaca sebuah artikel. tajuk artikel tu " memaafkan seseorang itu satu amalan yang mulia ".

bagi aku topik ni agak menarik jugak lah. bila baca pun xde la boring sangat. apa yang aku faham, kita semua hidup sebagai hamba Allah di dunia ni. semua manusia ni pulak x sama n x sempurna. kita juga tidak terlepas daripada melakukan sebarang kesilapan.

kesilapan tu pula, baik kita lakukan terhadap Allah, tumbuhan, haiwan mahu pun sesama manusia. sebenarnya, tiap2 hari kita telah melakukan kesilapan. tapi tu sama ada secara kita sedar@tidak dan sengaja@tidak sengaja.

Tetapi, orang yang bersalah@melakukan kesilapan tu haruslah memohon maaf dan orang yang memaafkan orang lain tu pulak adalah seseorang yang dianggap mulia di sisi Allah.
Memaafkan tu pula bukan sekadar keluar daripada mulut jew, tapi ia juga harus datang daripada hati yang penuh dengan keikhlasan dan rasa rendah diri terhadap Allah.

So, jangan la pulak kita cakap kita maafkan seseorang tu sedangkan hati kita tidak. kemaafan itu harus hadir bersama-sama dengan keiklhasan. 

Sesetengah orang pula tidak boleh memaafkan orang dengan seikhlas hati sebab sifat dendam yang tebal dalam diri dan juga belum dapat membersihkan hatinya.

Orang yang memaafkan org lain juga, akan dimurahkan rezeki. segala urusan yang dibuat juga akan menjadi mudah dan ia juga merupakan orang yang tersangat2 mulia di sisi Allah.


P/S: seharusnya kita memaafkan seseorang itu dengan seikhlas hati kita. nabi  sendiri pun ampunkan umatnya xkan kita sebagai manusia biasa ni x boleh kan. kita bukan lah sesiapa untuk menghukum orang lain. ingat lah, kita semua ni adalah hamba Allah..


Saturday, January 8, 2011

Mengidam sambil-sambil promote..!!!

Assalamualikum w.b.t.....

First skali nak cakap yang hari ni aku mengidam. siap mengalahkan popuan yang pregnant lagi. memang aku mengidam giler tahap dewa ah kali nie. nak kata aku ni mengandung, mustahil sama skali. kalau aku mengandung dari mana pulak datang nya bapak budak ni kan.lagi pun aku ni laki,mane boleh mengandung ni semua..

aku juz mengidam benda yang kat bawah tu. korang nampak x. kalau x nampak dah x lama la 2 tandanya. mybe dua kali jumaat lagi almarhumlah ( sambil geleng2 kepala ), haha. ok stop merepek, kita stori2 skit pasal nasi kerabu ni. kalau korang nak tahu nasi kerabu ni salah satu makanan pebret pakcik, makcik, mamat n minah kat kelantan. makanan ni memang pemes la kt negeri pantai timur ni. aku cite ni sambil2 nak promote makanan ni jew..hehehe..


Pergghh..memang terbaek lah nasi kerabu ni. nak2 lagi kalau ada ayam panggang, keropok n telur masin. kalau aku makan ni, dua pinggang pun aku boleh habiskan ( kalau yang mak aku bikin la), kalau yang beli kat kedai tu sebungkus pun dah kenyang. kalau kat p.timur, nasi kerabu ni orang makan waktu pagi kat kedai2 kopi. boleh dikatakan menu harian jugak la. tapi sekarang aku tengok nasi kerabu ni dah terkenal merata tempat. kat peneng ni pun belambak orang jual kat p.malam. nasib baik la malam ni ada p.malam kat sini, boleh jugak aku penuhi niat hati aku yang mengidam nak makan benda ni.


Latar Belakang Sejarah : Nasi kerabu amat terkenal di Pantai Timur tanah air khususnya di negeri Kelantan dan Terengganu. Ia menjadi hidangan utama ketika sarapan pagi bagi masyarakat di sana.

Nasi kerabu adalah hidangan nasi yang asalnya berwarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, solok lada, keropok, budu dan ulam-ulaman seperti bunga kantan, taugeh, timun, kobis, daun kesum, kacang panjang dan lain-lain. Ulam-ulaman tersebut dihiris halus sebelum dimakan. Warna biru nasi tersebut adalah menggunakan bunga telang. Namun kini, bahan pewarna digunakan bagi menggantikan bunga telang yang semakin sukar untuk didapati. Kini, nasi kerabu boleh didapati di mana-mana sahaja di seluruh negara.

Haa..kali ni aku nak promote budu pulak..kalau makan nasi kerabu tapi xde benda kat atas 2 x best jugak. kalau ada benda ni lagi la berselera nak makan. mau x mau dua, tiga pinggang pun licin. tapi aku x tahu la korang makan x benda ni. kalu aku ni bukan stakat makan, dengan pinggang2 skali aku jilat.haha. budu ni pun salah satu pebret orang p.timur, nak2 lagi ore klate. kalau korang tengok info terkini, budu ni dah terkenal kat luar negara n jualannya pun laris kat sana.sedap taw benda ni, cuba korang try compem nak lagi punye..siap jilat jari lagi mcm makan KFC..hahaha 

P/S: kalau korang nak try makan nasi kerabu ni jom la bia aku yang belanja. aku bermurah hati sekarang ni, tapi aku jz belanja jela, korang bayar la sndri..hehehehe

Friday, January 7, 2011

kawen jom..hehehe

Assalamualaikum.....!!

hari ni aku nak bikin entri yang gedik2 skit..hehehe. aku nak cite pasal kawen cz semalam sebelom aku tido kepala otak aku ni tetibe je terpikir pasal ni. aku pon xtaw kenapa, mybe dah sampai seru kot..ha2. cite pasal kawen ni kan, aku rase dalam dunia ni xde sorang pun manusia yang xmau kawen.nak2 lagi aku ni hah. kalo buleh hari ni jugak aku nak kawen. tapi 2 la, kena la habiskan stdy dulu, kalo x aku nak bagi bini aku makan ape nanti, xkan la mak bapak nak tanggung pulak. xpe2, stdy dulu smpai gred, pas 2 keje n kawen la. tapi sebelom 2 kena la balas jasa mak ayah kite dulu kan.

Dulu aku ade jugak bagi taw kat mak aku pasal hal ni. aku cakap kat dia yang aku ni umur dah 21 tahun, aku boring sebab dah 21 tahun aku hidup membujang. tido pun sorang2( xde teman). nak tau dia cakap ape?? dia cakap, x payah duk gatal nak kawen la, muka macam aku ni ade ke orang yang nak, nanti kalo kawen nak bagi bini makan ape? makan pasir?stdy dulu bia habis, bia dapat keje yang elok nk p mintak anak org pun xde la segan sgt. pas 2 ko nak kawen dengan sape2 ko kawen la..haha..adeehh..punye la pedas ayat dia. sampai merah2 muka aku masa 2.hah...hambek ko, gatal sgt nk kawen, kan dh kena...hahahaha


Ni bukan aku yang kawen ye, tapi cousin aku yang kawen. seronok nye tgk org kawen ni. meleleh ayaq liur edeng ni hah.ape2 hal pun, kite kena la habiskan stdy dulu pas 2 kawen la. cari duit banyak2 sebab nak kawen pun kena pakai banyak duit bhai. kalo xde duit macam mana nak kawen. zaman sekarang ni semua benda mahal. nak2 lagi gurl or calon isteri kite 2 lagi la mahal.

Ape yang aku tahu la kan, sekarang kalo gurl 2 yang ade SPM pun dah dekat RM5,000  wang hantaran dia. Tu baru yang SPM, kalo yang ade degree, master semua 2 xyah cakap ah, aku rasa dalam RM10,000 or RM12,000 macam tu la kot. tgk, betapa mahal nye dorang ni (dah mcm saham la plk), nak wat bini pun susah, kene keje n kumpul duit dulu baru blh kawen. kalo kite ni x keje, x kawen2 sampai ke tua la jawabnya.

Kenapa la dorang ni letak hantaran mahal sangat. (hey gurls, u all ni nak kat laki ke nak kat duit )haha. mahal pun mahal la, x kisah la kan janji orang yang kita kawen 2 boleh bahagiakan kita, sanggup bersusah senang n sehidup semati dengan kita pun dh cukup baik. tapi, kalo xde duit pun aku rasa blh kawen.yela, dah kite same2 suka, same2 sayang n cinta satu sama lain kan, pas 2 dua2 pun keje, so, ape salahnya kalo kite share wang hantaran 2 (ini taktik kotor,tolong jgn tiru).haha.nanti dua2 blh kawen n dua2 blh rasa jadi raja sehari. nanti lps kawen bayar la balik kat bini kite 2.aku cakap ni pun kalo korang nak kawen awal n xde duit la.kalo ade duit 2 x payah la share2..hehe. k la, gua chau dulu..nak bw jap..jom jejalan same.hehehe


Thursday, January 6, 2011

semasa aku form six

Salam semua.....

kat atas 2 aku dh bagi salam kan, so sekarang nak say hai pulak kpd korang semua( kepada mereka2 yang sudi membaca entri ni jela). ok, semalam aku ada bagi taw nak sambung entri pasal pengalaman aku kat f6 kn, tu pun kalo korang semua bace la. first aku nak bgtaw yang aku p daftar f6 tu pun lewat skit drp pelajar2 lain mybe dalam 2,3 minggu mcm 2 la kot. ni gara2 xmo smbung stdy la ni. harap2 korang jangan jadi mcm aku ni ye.

ok, hari first aku p dengan selai sepinggang jew, siap lenggang2 kangkong lagi..ahakk.tapi, aku bukan mat nyah or sotong ye.. heheh..masa kt lower six 2 aku x stdy mane pun, banyak men. cikgu mengaja pun aku wat derkk jew..rasa janggal pun ade masa 2, sbb aku baru p daftar org lain pulak dh start blaja dh.sebulan lps 2, aku dh mula rasa slesa n member2 pun berderet2 dah.. member jela berderet bukannya aweks. popuan mane la yang nak kt aku ni, dah la x ensem, perangai jauh skali la. popuan nak tengok muka aku pun xde slera.aku nk p tegur dorang pun segan cz dorang semua lawa2, xkn la nak layan org mcm aku ni. yela aku ni ape yang ade.(hello gurls, i ade moto baru ok)hehe..org cakap, kalo muka x ensem tapi perangai elok xpe. mcm aku ni muka dh la x ensem (mcm penjenayah daa), perangai plk masa 2 xyah cakap ahh..

Ermm..naik jew 6 atas, perangai aku ni mula berubah. pemikiran aku pun dh mula matang. perangai2 aku yang buruk 2 dah tukar jadi baik. kalo dulu2, masa aku f4,f5 semua 2 perangai aku ni Tuhan jew yang tahu. punye la teruk..tapi semua 2 dah bertukar jadi baik. masa 6 atas ni jgk la aku telah dilantik jadi pengawas sekolah. siap pegang jawatan ketua biro ponteng lagi (last2 aku pun tumpang skaki ponteng kelas)..hehe.

cite pasal ponteng ni plk, penah jugak la aku ponteng kelas..tu pun 2, 3 kali jew.tapi satu subjek jew yang aku slalu ponteng ni.tu pun subjek BI (muet),. aku ponteng bkn sbb x suke kt ckgu ke ape, tapi aku mmg x mnt subjek bi ni.aku bkn nye terer pun bi ni, kalo stakat nk sebut yes, no, orait tu blh la..haha.biase nye aku akan berpakat dgn member kelas sebelah la.aku akan suh dia p ketuk pintu kelas aku n cakap kt teacher tu yang ade  ckgu@org nk jumpa aku.lps 2 aku pun blahh la...heheh..(ini taktik kotor, pless dun try this at home)haha..penah jgk aku p tangkap budak2 yang ponteng skolah, mau x mau dia tumbuk aku punye hidung smpai berdarah, aku ape lagi, lawan la..bia sama2 lblh rase baru la adil kan.yang gurl ni plk baru f2, dh panjat pagar. baru je aku nk p kt dia nye baling batu kt aku, fuhh..mcm pluru berpandu dh anak2 batu 2 mai kt aku.nasib bek la aku ni pakai songkok, kalau x xtaw la ape jadi. aku pun ape lagi, lari jela..haha..ermm, kat bawah ade 2, 3 keping pic aku masa f6..


Pic ni aku ambek masa hari anugerah pelajar kt sekolah dulu. kat sebelah 2 kawan sekelas aku n dia pun salah sorang yang dapat anugerah 2. tgk jew pic ni aku teringt plk ape org cakap kt aku. dorang cakap aku ni skema..adeehh..skema ke mcm ni?hellooo..pakaian&stail je 2 nmpk skema, tuan punye diri x pun.huhu..tiap2 hari mcm ni la pakaian aku sbgai seorang pengawas skolah.



Pic kat atas 2 pun aku ambek masa hari anugerah 2 jugak. tengok, orang lain yang dapat anugerah, orang lain pulak yg sebuk nak bergambar.l haha..xdela, ni semua member2 kamcing aku dalam kelas. slalunya dengan dorang ni la aku duk bergosip2&mengumpat..haha..gosip2 lain cite, blaja pulak lain cite kan, yang penting semua dapat masuk u..ni x, bergosip no satu, pelajaran hancos..bangun bukan men lagi awal, sebelum subuh dah bngun cz nak p skolah, tapi p bukan sbb nak blaja sebaliknya x sabar nk bergosip..hah, ambek ko..sambung lagi, org len hbs blaja masuk u, kite habis blaja duk umah tggu mat indon masuk mintak 2,3 tahun lps tu org semua dukung degree, kite plk dukung anak..ahahaa..

Ni semua geng2 aku la ni. ni jela budak2 laki kelas aku, semua 8 org je n yang lain 2 semuanya popuan. muka2 kat atas 2 adalah lelaki melayu terakhir, so pilihlah yang mana satu korang nak..haha..ingat lelaki semakin pupus sekarang ni. lambat melepas la jwbnya..(saje nk promote kekawang)hehe..wlau pun kita org ni x ensem kn, tapi agak pemes jugak la masa kt sekolah dulu. pemes pun dalam klgan budak f1, f2, n f3 jela. ape x nye, kita org kn pelajar yang paling tus skali kt skolah, pakaian pun berbeza drp pelajar2 lain. sbb tu la jadi pemes sampai mengalahkan artis ni..hehe..kalo nk p kantin jew mesti budak2 gurl dk tepi pintu kelas dorang sbb nk mintak no fon..adeehhh,,budak2 tengah nak up mcm tu la perangai nye.hahaha
Aaaauucchh..harap maaaaff..pic ni agak kontrovesi sedikit yup. ni skandal masa skolah dulu2..korang ingat artis je ke yang taw pasang skandal.aku pun pasang skandal jugak ( hambek ko ).haha. ni pic aku dengan budak kelas aku je pon masa sambut raye kt skolah. kire membe baik aku la ni. dah org nk bergambar dengan kite kan xkn nk tolak plk, nnti org ckp sombong pulak. tgk, orang yg x ensem mcm aku ni pun masih ade la manusia yg nak bergambar..terharunyeee..adeehh. prasan lebih..


kat ats 2 pun salah satu pic tyme smbut raya jugak. kali ni gambar dengan cikgu pulak. tgk, kite bukan men xcited lagi nak bergambar, dia pulak wat dun no jew. bijik mata dia pun x tgk kt camera.haha. xpela, asal akn dapat bergambar dengan dia pun dh cukup baik. blh jugak wat kenang-kenangan bila tua nanti. ni cikgu yg paling2 spoting skali dalam kelas aku dulu. dia duk sebelah kampong aku je.

ok laa..ni jela pengalaman aku masa d f6 yang aku blh kongsikan bersama korang semua. ape yg aku nk cakap, aku rasa f6 ni lah yg banyak mengubah perangai aku. yang telah menjadikan aku manusia yang berguna. n kat sini juga lah titik permulaan yang mencerahkan masa depan aku hingga aku mampu melangkahkan kaki ke alam universiti ni..n kepada korang semua, moga2 hari ni merupakan hari yang bermakna n ceria2 slalu..

Wednesday, January 5, 2011

moto punye pasal...layannnn~~~


Salam ceria kepada rakan-rakan blogger semua....


Mood....tgh rajin untuk mengapdate blog.Tapi tarak taw la sampai bila mood ni akan lekat kat aku ni..hehe. biasa la awal2 tahun, awal2 sem ni kan xde keje sangat pn.nak bikin xsiment pun xde lagi. duk kat bilik pn xtaw nak buat ape jugak. duk makan tido makan tido jew keje. tapi, kalo tiap2 hari duk membuta jew x boleh jugak. nanti lame2 jadi pemalas n tkt terbawa2 sampai ke tua parah beb. kalo kawen nanti ntah2 ditendang kat bapak mertua kua dari rumah..haha

ok, back 2 da topik. semalam aku n miss serabai ade pegi kat komtar. komtar ni salah sebuah shoping mall jugak lah kat peneng ni. tapi ktorg pegi bkn untuk bershoping sebaliknya utk mencari pejabat pos sebab aku nak p bayar cukai jalan moto kesayangan aku n lesen aku yang dah tamat tempoh 2. cari punye cari tp batang hidung pjbt pos 2 pun aku x nmpak. tiap2 kali jumpa org mesti aku akan tanya. dekat2 sejam lebih jgk la ktorng ronda2 baru la nampak batang hidung pjbt pos 2. patut la x jmpa, sbb pejabat 2 x nampak mcm pejabat pos pun..huhuhu..bentuk dia ala2 shoping mall dah. mybe baru diupgredkan kot.

Tapi..sedikit terkilan ade jugak, sbb cukai jalan moto aku xleh nak bayar cz dia nak geran moto yang ori, aku pulak bawak yang fotostat. tapi ade ke patut akak yg keje kt c 2 suh aku balik ambek geran yang ori..dia ingat rumah aku dgn tempat tu 5 minit jalan kaki  ke ape. (akak..rumah saya kt kelantan la kak, xkn sy nk balik ambek??jauh 2 kak ooii)..adeehh..tapi nasib baik jgk lesen aku leh sambung baru tadi..xpelah, silap aku jugak kn, sape suh bawak yang fotostat..haa sekarang ko tanggung lah, ko naik la moto yang rotex mati 2..kalo kena tahan kat polis n kena saman nanti pandai2 ko la yer..


HoHoHooo..kat atas 2 la moto aku, ni la aweks kesayangan aku. tapi sayang, rotex mati maa...hahaha..moto ni aku beli tahun 2007 lagi. kire dah lame la kan. masuk tahun ni dah 4 tahun la umur dia. kalo lembu ni dah boleh buat korban dah ni. ok, sebenarnya ade cite skit mcm mane aku blh dapat moto ni. meh2 aku citekan. dulu2, selepas tamat je SPM aku dh xmau belajar dah. aku memang malas sangat2 dah nk blaja masa 2. aku dah siap mintak keje lagi gara2 xmau sambung blaja. result spm aku bukannya x ok ke ape. aku dapat 5A masa SPM dulu. tawaran uitm n poli pun aku dapat cuma aku je yang x p. tapi ntah lah, aku pun xtaw toyol jenis ape duk rasuk aku masa 2. ape yang aku taw, aku memang dh x minat untuk stdy..ermm

Sampai la satu masa 2, member2 aku semua dah p daftar masuk f6. aku masa 2 duk kt umah jew..yela, org dh x minat stdy kan xkn sebok2 nk p daftar masuk f6 jugak. tak lama lps 2, ade la dlm dua or tiga minggu mcm 2 kot, ayah aku ckp kalo aku smbung stdy dia akan belikan aku moto..haha..aku ape lagi, mcm nk terkeluar  jantung, hati, limpa ape semua dgr ayah aku ckp mcm 2. aku pun terus stuju utk smbung blaja. so, ayah aku pun beli la moto ni utk aku. seminggu lps 2 aku pun terus p daftar masuk lower six..hehehe..

Tapi nak ditegaskn di sini. aku ni bkn nye mata duitan or pandang harta ke ape. mybe masa 2 perangai aku ni mcm budak2 sikit n fikiran pun belum matang lagi. lagi pun bkn sbb ayah aku belikan moto 2  baru aku nk smbung stdy. ada jugak la niat dlm hati ni nak try mcm mana stdy kat f6 ni, best ke x..rupa2 nye teramat2 lah best..byk pengalaman yang aku dapat..ok yang 2 nanti aku cite dalam entri yang lain pulak yup..cukup dulu untuk hari ni..nak rest2 jap..hehe



Tuesday, January 4, 2011

Teman dulu pas tu tumpang ler skaki...

Assalamualaikum w.b.t.....

Say hai n slamat sejahtera lah semua..kepada sesape yang follow blog ni 2 terima kasih sangat2 saya ucapkan kerana dah menambah kenalan dan akan dibalas kembali. yela, orang dh wat baik kt kite,so kena la balas kan.tapi balas pun kenalah dengan cara yang baik jugak bukannya dengan cara yang kasar.orang dh bagi madu, kita balas la dengan gula. xkan la kita nak balas dengan racun pulak.tapi, kalau orang bagi garam kt kite, kite balas la dengan telur masin (sebab sama2 masin)..hehe

Alang-alang berentri nie, nak kongsi la citer skit2 dgn kekawang blogger. semalam adela p shoping2 skit kat BJ. bukan BUAH JAMBU yer tapi BUKIT JAMBUL..salah satu shopping mall yang terkenal jugak lah dalam kalangan bebudak USM Peneng ni. sebenarnya aku ni xdela minat sangat shopping2 ni semua. aku p pun just nak temankan Cik Serabai beli barang dia jew. mesti  ada yang tertanya2 sape si serabai ni kan..ok, nati aku kenalkan ye..sabaq no...teman punyer teman, last2 aku pun tumpang shopping skali la..hu2..biasa la awal2 sem ni, duit PTPTN pn byk lagi masuk kan..hehe


Ermm..berbalik kpd cite pasal shoping tadi. aku xde la shoping sgt pn, perfume je pun yang aku beli. ni pun sebab stok aku dah habis, kalau stok ada xdela aku membazir p beli lagi.beli ni pun sebab ade dia punye taster, try punyer try terus jatuh hati kat bau dia so ape lagi sambar jela n miss serabai pun suka bau ni n dia yang suh aku ambek yang ni..ha2,,sebelum terlupa, tadi aku ada cakap nak perkenalkan cik serabai aku kan. kat bawah ni ade la skit ole2 untuk santapan umum. pic aku n dia jew pn~~



Haa..ni la miss serabai saya..lawa x??ada ala-ala ct x??haha..kalau nak tahu cik serabai ni aweks aku n dia pn study kat USM ni jgk.kita orang mula kenal masa sem satu lagi sebab sama2 join HAAK ( Himpunan Anak-anak Kelantan )..kalau nak kenal lebih dekat boleh klik kat sini.klik kat c 2 akan terbang terus ke dia punyer blog. Tapi jangan la p tackle dia plk yer..kalau x melepas n kebuluran la aku ni..hehe

Ni pulak pic aku dengan cik serabai. pic ni kita orang ambek masa sem lepas. cik serabai ni kalo korang nak tahu sorang yang kuat berposing. habis segenap tempat dia nak posing.so,sayang punye pasal nak x nak kena la ikut..haha biasala perempuan kan, xsah kalo x posing. kalau p tanya mana2 popuan skali pn xde yang x suke posing. semuanya giler posing n ni merupakan satu fakta bukannya auta k..huhu


ErRmmm..pic ni pulak kita orang ambek masa tengah makan rojak mempelan kat tasek. kalau diterjemahkan dalam lomrat klate ia akan berbunyi colek buoh pauh..huhu...tapi aku xtaw la korang sume ni pandai n faham ke x cakap kelantan ni. ala, kalau x faham pun buat2 faham la eyh..hehehe

Ok la, stakat ni je la dulu coretan untuk hari ni. tangan pun dah terketar2 ni sebab dari tadi lagi duk menaip.dia pun mau rehat jugak maa..takut nanti nak suap nasi ke dalam mulut x masuk pulak sebab dk ketar2 mcm ni. mau x mau p masuk dalam lubang hidung xleh nyawa la i..huhu..



P/S: shoping2 jugak bhai tapi duit kena lah jimat skit jgn men balun je ikut suka.kalo x, kebulur la ko nanti..huhuhu..walau ape pun kita kena la  berjimat cermat dalam berbelanja ni n jangan terlalu boros. bak kata org tua2, beli mengikut keperluan bukannya mengikut kehendak@nafsu..

Monday, January 3, 2011

Katakan Tak Nak kpd Rokok~~~


Assalamualaikum w.b.t......

Hai2..ari ni merupakan hari ke3 kita berada dlm tahun 2011..n hari ni jgk ntah knpa tiba2 terdetik d hati nk buat entri pasal rokok ni..hu2..tapi xpela, kite cite la skit2 pasal rokok ni..ermm, sebenarnya aku ni ambek la jgk benda ni..tipu la klu ckp x kn, sbb susah nk jumpa laki yg x merokok zaman ni..tapi ade jgk laki yg xnk mengaku dia hisap rokok..nak2 lagi bila nk mengayat awek..hahaha..tapi 2 hipokrit namanya..kalau aku nk mengayat sape2 aku ckp terus terang je pasal benda ni. bia girl 2 trima kita seadanya..mybe ni kekurangan aku la kot..huhu

cakap pasal rokok ni, aku sebenarnya dh berjaya mengurangkan pengambilannya..ha2 terer x..xpela, biala aku bangga sorang2 dgn benda ni..kalau dulu aku hisap dlm 10-12 batang sari...fuhhh byk 2. ni la penyakit aku yg susah utk dirawat. klu dh hisap 2 x ingat dunia..asap xyah ckp la, siap kua kot idung, mulut n telinga lagi..haha..tapi sekarang, aku hisap 3-5 batang je sehari..kire ok la 2 kn..hehe


Haaa,,benda ni la yg aku isap. tapi alhamdulillah, aku berjaya kurangknnya skrg n dh x kuat mcm dulu dh..aku bknnya x try utk brenti. byk kali dh aku cuba tp still fail. nk kurangkan mcm skrg ni pn punya la susah. nasib baik la ada gula2 kat bwh 2..benda 2 la yg membantu aku setiap hari. bila aku rasa nk isap okok je aku akn mkn gula2 2..huhu


Errrmmm...korang jgn terkejut plk dgn ape yg aku nk cite ni. aku hisap rokok ni start dari form 1 lagi sebenarnya, ni gara2 ikut kawan la ni..mudah sgt terpengaruh.umur baru setahun jagung dh nk merokok.biasa la 2, BUDAK2 BARU NK UP KATAKAN..huhu. tapi aku isap kejap je pas 2 aku terus breti. smsa aku f4 lau x silap aku isap balik sehinggalah ke hari ni..hehe.aku terkantoi isap rokok plk smsa aku f5.mula2 terkantoi dgn ayah aku, lps 2 terkantoi dgn mak plk..adeeehh..lama giler aku kena tazkirah hari 2..nasib bek x kena terajang kt bapak aku..huhu

Lps terkantoi 2 aku disuruh brenti isap okok.adeeehh..mane blh nk brenti mcm 2 je kn. bkn nye senang. igt benda ni mcm kita bwk moto ke ikut suke kita nk brenti kt mane2 yg kita suka..susah weii..hu2..so mmg sush la nk brenti. tak lama lps 2 skali lgi aku terkantoi dgn bapak aku.dia masuk bilik aku nk ambek kunci moto tgk2 ade rokok dlm poket sluar aku 2..haha..start dri hari 2 dia pn dh x blh buat ape dh, n dia sndri pn tahu susah nk brenti bnda ni sbb dia pn isap okok jgk..hahaha..tapi aku igt lagi ape yg ayah aku pesan..dia ckp kalau nk isap okok 2 isap la (sbb dia sndri pn isap jgk)..TAPI jgn lebih drp tu..katanya..( klu ko nk isap okok 2 isap la, tapi jgn lebih drp tu, klu ko isap kuda, dadah, mencuri,merogol n seangkatan dgnnya n ko ditahan polis..ayah malas p jamin..ko duduk lh dlm lokap 2 smpai ketua bangka )..pesan ayah aku 2 aku ingat smpai ke hari ni..n aku akan ingat smpai bila2..hu2..ape2 pn, alhamdulillah n syukur sgt2 aku dh berjaya kurangkan merokok skrg ni n insyaallah lps ni akn cuba brenti plk..aminnnnn


P/S: Meh sama2 kita katakan TAK NAK KEPADA MEROKOK.bukan nye berfaedah pn merokok ni, membawa penyakit n menghabiskan duit adela..haha..ape2 pn, kpd yg merokok 2 cuba2 la  utk kurangkan or brenti n kpd yg x merokok 2, jgn la cuba2 utk merokok plk sbb skali cuba...MAU LAGIK MAAAA..heheeh


Sunday, January 2, 2011

manusia-manusia..ape nk jadi laa..!!!

Assalamualaikum w.b.t............

Alhamdulillah, hari ni 02.01.2011 bermakna ari ke2 kita berada di tahun 2011. stakat ni xde ape2 masalah lagi la n semua nye berjalan dgn lancar..mudah-mudahan mcm ni slalu la kan. yela, sape yg nk masalah n rata2 dalam kalangan kita ni grenti xnk masalah kn. kalau blh nk halau jauh2 masalah 2 drp dkt dgn kita.tapi, kalau xde masalah bkn kehidupan la namanya kn..hu2

Tapi ade jgk dlm kalangan kita ni yg suka bikin n cari masalah. ape yg sedihnya, dgn org yg xwat salah ape2 dgn dia pn dia cari masalah. org yg xde dosa ape2 dgn dia jadi mangsa.manusia jenis ape xtaw la.salah sorang yg jadi mangsa ialah org yg kat bawah ni..

 mangsa keadaan

Saya rasa x perlulah saya perkenalkan dgn lebih detail tentang org ni. rata2 drp anda mugkin sudah kenal sbb dia tgh pemes skrg ni..ni adalah Aimie Harmilia  awek kepada keeper@penjaga gol kebangsaan iaitu Khairul Fahmi Che Mat. 
Ape yg menyedihkan ialah, ade manusia yg sanggup mengaibkan dia dgn membuat page kt fesbook. mcm2 fitnah n kata2 kesat dilemparkan dlm page tersebut..kot ye pn x suka kt awek Fahmi ni jgn la sampai nk aibkan dia. dia pn ade maruah jgk. aku paling2 benci org yg suka mengaibkan org ni..dia xde wat salah ape2 pn..aku rasa org 2 dengki kt awek fahmi ni n mungkin jgk dia sukakan fahmi sbb 2 dia snggp wat keje terkutuk 2 dgn harapan dpt memecahbelahkan hubungan dorang.

Knpa tidak kita doakan je hubungan yg dorang bina 2 berkekalan hingga ke akhir hayat.dapat pahala lgi..ni x, dk wat fitnah yg bukan2..adeeehh...aku rasa org yg buat page ni x brape betul la..baru kua dari hospital sakit jiwa kot, xpn kekurangan kasih syg..haha..ni kes dahagakan kasih syg la ni n nk tarik perhatian lebih disamping mencari publisiti murahan dalam laman fesbook..huhu..insaf2 la weii..kita dh ade di tahun baru ni..so, insafla n p mintak maaf kt org yg ko fitnah 2..


Saturday, January 1, 2011

pelakon drama Adam Maya meninggal dunia


Assalamualaikum w.b.t......

First tahun baru hari ni, kita kehilangan satu lagi orang seni tanah air yang berbakat. beliau merupakan pelakon dalam drama Adam Maya di TV3

Berita selanjutnya boleh dilihat dalam blog saya yang satu lagi...klik di sini.

Said>>> Happy New Year....Y(^_^)Y



Assalamualaikum w.b.t.........

Hari ni 1.01.2011. ermm..sedar x sedar dah masuk tahun baru n tahun 2010 telah pn meninggalkan kita. umur kita pn dh meningkat..adeeehhh. xpelah, janji rock..ahahaa..ape pn, selamat menyambut tahun baru la kepada anda semua.

Sebenarnya, kalau ikutkan hati ni malas nk bikin entri ni. tapi disebabkan ni hari first tahun baru, so semangat untuk berentri pn tiba2 datang. mybe ni feel n mood sempena tahun baru kot.mudah-mudahan la kan. harap2 tahun baru ni mmberi manfaat yang berguna la kdp kita semua. kalo dulu2, semasa dk kt klantan slalu je aku g sambut tahun baru kt stadium. sekarang, bila dh merantau kt negeri org ni susah la plk nk sambut..tp xpela, janji still boleh merasai kehidupan di tahun baru n syukur alhamdulillah sbb masih lagi bernyawa. kalo x...huhh, dh x blh berentri la jwbnya..(sbb dk dlm kubur)..hu2

Sempena tahun baru ni, ade la cerita skit nk dikongsi.tapi bukan nk mengumpat or bergosip yup. cuma nk mengata skit2..ha2..tgk,  hari first tahun baru dh nk wat dosa..hahaha..xdela, crita ni bukan d tuju kpd sesiapa pn, sekadar renungan n peringatan bersama..hu2

Tadi masa aku kua, punye la ramai budak2 muda ni sedang meraikan tahun baru..tapi cara dorang 2 rasanya x brape betul la..aktiviti dorang ade kt bwh ni hah..


ha..ni lah aktiviti dorang sempena menyambut tahun baru..ganas2..tp ganas2 jgk, kena skali baru tahu..kalau tgk aktiviti dorang ni teringat plk zaman dulu kala..teringat masa aku muda2 dulu..ha2..cehh..aku dulu pn mcm ni jgk, merempit sana, merempit sini. tapi 2 cite lama la sekarang dh x wat dh benda2 mcm 2. biasa la dulu 2, budak2 baru nak naik katakan..haha..tapi sekarang dh insaf la.lama dh aku tinggal benda2 mcm ni..


Ni satu lagi..ape nk jdi dgn korang ni wei..hahaha..mcm ni la cara2 dorang sambut tahun baru tadi. dk merempit je kt tgh jalan. nk lalu pn susah. ermm, nyesal aku x jadi polis dulu, klu x dh lame aku tangkap dorang ni, pas 2 anta kt palestian bia dk merempit kt sana..ha2..Ermm..harap2 dorang ni berubah la, sempena tahun baru ni xpyh lagi la dk merempit2 mcm 2 cz xde ape yg blh dibanggakan.


ok la..stakat ni je la dulu, mate pn dh mula mengantuk ni..nk karang esei panjang2 pn takut org boring plk nk baca. pendek2 dh la eyhh..nk chau dulu..sebelum 2 skali lagi nk wish slamat menyambut tahun baru kpd semua..!!!