Thursday, January 13, 2011

memaafkan sifat yang mulia


Assalamualaikum w.b.t....

Dah lama rasanya x berentri ni, dalam lima hari macam tu kot. Hari ni mood rajin datang, terus berentri sebelom mood tu hilang balik.sebenarnya, dua, tiga hari ni internet kat sini x boleh nak connet, so dah brapa hari x guna internet.nak buat keje sekolah pun susah..adeeehhhh!!

Hari ni nak kongsi sedikit ilmu dengan kekawang blogger ni. semalam aku ada terbaca sebuah artikel. tajuk artikel tu " memaafkan seseorang itu satu amalan yang mulia ".

bagi aku topik ni agak menarik jugak lah. bila baca pun xde la boring sangat. apa yang aku faham, kita semua hidup sebagai hamba Allah di dunia ni. semua manusia ni pulak x sama n x sempurna. kita juga tidak terlepas daripada melakukan sebarang kesilapan.

kesilapan tu pula, baik kita lakukan terhadap Allah, tumbuhan, haiwan mahu pun sesama manusia. sebenarnya, tiap2 hari kita telah melakukan kesilapan. tapi tu sama ada secara kita sedar@tidak dan sengaja@tidak sengaja.

Tetapi, orang yang bersalah@melakukan kesilapan tu haruslah memohon maaf dan orang yang memaafkan orang lain tu pulak adalah seseorang yang dianggap mulia di sisi Allah.
Memaafkan tu pula bukan sekadar keluar daripada mulut jew, tapi ia juga harus datang daripada hati yang penuh dengan keikhlasan dan rasa rendah diri terhadap Allah.

So, jangan la pulak kita cakap kita maafkan seseorang tu sedangkan hati kita tidak. kemaafan itu harus hadir bersama-sama dengan keiklhasan. 

Sesetengah orang pula tidak boleh memaafkan orang dengan seikhlas hati sebab sifat dendam yang tebal dalam diri dan juga belum dapat membersihkan hatinya.

Orang yang memaafkan org lain juga, akan dimurahkan rezeki. segala urusan yang dibuat juga akan menjadi mudah dan ia juga merupakan orang yang tersangat2 mulia di sisi Allah.


P/S: seharusnya kita memaafkan seseorang itu dengan seikhlas hati kita. nabi  sendiri pun ampunkan umatnya xkan kita sebagai manusia biasa ni x boleh kan. kita bukan lah sesiapa untuk menghukum orang lain. ingat lah, kita semua ni adalah hamba Allah..


14 comments:

Fariehan Ibrahim said...

btoi3,
sdgkn nabi ampunkn umat.
nie plak kita insan yg xseberapa.
even pahit, tp kte ttp kne bagi peluang pd org lain mcm org lain bgi peluang pd kita. :)

syafiq ariffin said...

ermm..2 la kan,
tapi manusia ni rambut je sama itam, hati lain2..semua x sama..huhu

^mRs MatAHarIEy^ said...

tp kadang2 kan.. Na selalu maafkan org tuh.. tp cuma kadang2 bila teringat balik.. cm x puas hati.. hehhe..
nway.. thnx ya sudi snggh blog Na..

nia Athena said...

yup..maafkan org mang yg terbaek..tpi tanggpan buruk dorang trhadap kta?? cmna nk ubah...kekadang fed up dah..

syafiq ariffin said...

ntah la..bia la ape org nk pk psl kita pun,
yg pntg kita taw diri kita ni mcm mana..btl x??

nia Athena said...

yup..btol sgt2...^^~

Anonymous said...

jom kite beramai-ramai memaafkan sume org..xkisah la penah wat sala ng kite atau x...pemaaf tu bole buat hidup tmbah hepi! hehe

jangan simpan dendam dendam..xbek untk kesihatan :)

Kak Mahh said...

Sorry...memaafkan memang mulai sifatnya...tapi mampukah kita??

aqeyLs said...

setuju:). nice one btw

EgStories said...

Follower no.450. Maaf biar ikhlas. Walaupun its take time!

hazari. said...

tapi dalam ramai2 kenalan.. memang susah utk cari yg btul2 pmaaf..

Husna Lana said...

thnx following me. hihi :)
btul2. sifat pemaaf sifat yg sgt mulia. tp tak ramai org mampu maaf seikhlas hati. ramai yang mulut kata maaf, tp sbnrnya hati tidak benar2 memaafkan. sekadar nak menjaga hati mungkin?

syafiq ariffin said...

mybe laa..maf sekadar di bibir semata2 utk mnjaga hati,
sdgkan hatinya masih belom memaafkan
kesalahan org 2..

Puyi said...

Insyaallah, Ratu akan cuba untuk memaafkan smua orang, takat ni Alhamdulilla.