Hari aku nak kongsi satu cerita atau pengalaman aku dengan sahabat-sahabat blogger semasa aku jadi sukarelawan bantu mangsa-mangsa banjir di Pagoh, Johor. aku join benda ni hari jumaat n sabtu lepas.
Program ni sebenarnya ambek masa selama 3 hari, tapi disebabkan aku sendiri yang turun padang, program ni just ambek masa selama 2 hari je..hahaha
Aku join program ni sebab nak hilangkan boring je. lagi pun jumaat, sabtu n ahad aku xde kelas, so ape salahnya kan sekali sekala kita isi masa lapang kita dengan melakukan kerja amal. mana la tahu kot2 dimurahkan rezeki lepas ni..hehehe
Cakap pasal rezeki ni pulak, kire aku ni bernasib baik jugaklah. masa nak p jadi sukarelawan tu, dapat duit RM75 sorang. aku ingat p buat kerja amal ni x dapat duit, nama pun sukarelawan kan. tapi last2 dorang bagi jugak. x kisah la kan, orang bagi kita ambek, tapi niat kita p2 kena la iklas untuk bantu mangsa-mangsa banjir..hehehe
Masa nak bertolak 2 kita orang diberi topi n kasut bot. tengok kat atas 2, hensem x??dah orang bagi kita pakai jela kan. tapi ada jugak yang x pakai, sebab dorang malu. macam budak kampung katanya.Ahh.. peduli ape aku, dah aku ni memang budak kampung, so aku pakai jela.huhu..malas nak bebel panjang-panjang sebab sakit urat pun belum hilang lagi ni. so, korang layan jela pic2 kat bawah ni eyh...!!
P/S: sakit urat pun xpe janji seronok disamping dapat mencuba sesuatu yang baru dan pengalaman ini memang sukar untuk dilupakan. harap2 tahun depan dapat join lagi..huhuhu