Assalamualaikum w.b.t....
hari ni tak mahu ngomong panjang-panjang sih sebab penat pun belum hilang lagi nih. baru sampai usm semalam setelah berada di kampung selama seminggu.huhu
memang penat giler ar semalam. masa nak balik usm jalan jem teruk. biasa nya x penat sangat sebab nek bas. semalam tumpang kereta sepupu tuttt2 kena drive pulak..halamak..sampai je usm terus tidur..huhu..ok la, hari ni aku just nak share benda kat bawah tu jew. dapat benda ni pun dari FB.
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)
baik gunakan,,,
ASSALAMUALAIKUM or
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...
lLmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.
Pagi semalam aku dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.
Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “ Assalamualaikum ” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”
Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
skunk nie aku dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
“WAALAI KUM SALAM” ( tak betol okey~..)
Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.
Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.” Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..
P/S: Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..sebarkan secepat mungkin sebagai pengetahuan bersama.



25 comments:
assalammualaikum.
sy pon de bce gk pasl ni dlm fb.
tp menurut blog ni perkataan 'salam' tu boley digunakan.cuba awk bce.ni bkn nk menunjukkan siapa btul atau slh,tp sekadar ingin mengingatkan sesama umat islam..:)
http://ustazlove.com/blog/2011/01/soal-jawab-as-salam-ke-salam/
As salam. Thks for the info. Inzin share kat blog saya. Terasa bertanggungjawab menyebarkan perkara yang benar.
ayeen : ntah la..kena tnya kpd org yg lebih arif mengenai hal ni
hidayati: sila-sila..
nice sharing.. sy bwu tau.. thnx.. =)
dlu pnah gak bce psl nie,
tp di titikberatkan sgt. ish3x
btw, nice en3! ^^,
nice..thanks coz ingtkan...
=D
ein :sekadar pengetahuan bersama
Fariehan : so, lps ni kena amal la..ha3
ijam : sama-sama bro
yang pasal akum tu pernah dgr...
skrg baru tahu, perkataan salam pon tak boleh jugak....
assalamualaikum yg terbaik!! :)
Thanx awak :D
As salam.. thanx 4 sharing..
n3 baru : senyum-senyum kambing ^.^
As Salam dik, bagus info nih, kalau tak ramai lagi yang keliru nanti. thanks :)
syarq : sama-sama
zanna : jz nk kongsi jew..hehe
mappiau : tu pasal..sama2 la kita praktikkan nnti..
owh...yke?...sebab dulu pemes akum kan.....pastu ckp salam blh...
xpelah...mina akan ubah...
tq tuan blog...
sama-sama mina..
sang kure2 yg lembap..ha2
perhhh...nasib baik kurekure...
bukan tuannye...hehehe
aahh..tuan nye pun same je..2x5 je..hahaha
Salam = selamat tinggal?? hemm..banyak lg yg xtau ni..thanx for the info..
berkongsi ilmu kat sini
trimaas shafik (:
dhia : sama-sama
scya : sama-sama, sbgai pngetahuan kita bersama..(^_^)Y
nice entry..terima kasih utk ingatan ☺
nice info.. lepas ni sesuai guna as-salam..sebutan sebenar dalam bahasa arab. nice.
My recent post: Busy ke sombong?
nice info bro..teruskan dengan info2 camni ye ^_-
hye
fa tag yer..
nt tengok kt entry tau.
nice info about it
good info. tp sy penah baca jugak, juz tgok niat kt maksudkan ape. so cane :(
Post a Comment