Assalamualaikum w.b.t......
Syukur alhamdulillah kerana aku masih lagi diberikan peluang untuk bernyawa dan membuka mata bagi melihat dunia pada hari ini. masih lagi diberi kesempatan untuk menunaikan tugas sebagai seorang pelajar, dan masih mampu untuk menghasilkan entri yang tak seberapa ni.first skali aku nak mintak maaf sebab entri kali ini agak skema n serius skit sebab ni entri berkaitan dengan kontes yang aku join. tapi, ayat jew yang skema tu, tuan empunya blog x pun. dari atas sampai ke bawah rock je memanjang. x ksah la rock pun kan, yang penting dalam hati ada taman..hahaha
Ok, kita stori-stori skit pasal kontes yang aku join ni. kontes ni dianjurkan oleh seorang pendidik yang ensem n gantang ni ha. ala-ala artis pun ade aku tengok, ( puji ada makna ni abg man, nak markah lebih boleh )haha. ok stop merepek, nama penganjur kontes ni ialah Sudirman abdul rahman. Abang Man merupakan seorang guru kaunseling dan sekarang ni dia mengajar kat Sabah. header blog dia ada kat bawah, apa-apa hal korang klik la kat c 2. kontes ni berkaitan dengan ibu kita sbenarnya,kita cuma kena ceritakan kenapa kita sayang sangat kat ibu,apa impian or azam kita untuk mereka dan perkara paling nakal kita buat sehingga ibu kita menangis.

Ibu, emak, mama, dan umie. itulah perkataan yang sering kita dengar daripada seseorang anak yang memanggil atau mengelarkan perempuan yang telah mengandungkannya selama 9 bulan 10 hari. memanggil seorang perempuan yang telah menyuapkan nasi ke dalam mulutnya sejak kecil. perkataan itu juga merupakan perkataan yang pertama keluar daripada mulut anak-anak setelah menjangkau usia genap satu tahun. wujudnya kita semua pada hari ini adalah kerana adanya insan yang bernama ibu.
Sewaktu aku mencoretkan bingkisan yang x seberapa ni atau lebih layak digelar sebagai bingkisan nasi lemak 50sen, air mataku mula menitis dan mengalir membasahi pipi. aku percaya, setiap insan yang bergelar anak di dunia ini tidak lekang daripada mengalirkan air mata apabila membicarakan soal ibu. sekeras mana hati manusia itu, sejahat mana manusia itu, mereka akan tetap mengalirkan air mata bila sesuatu perkara itu berkait rapat dengan ibu kita.

Sebelum aku memulakan cerita, aku ingin memperkenalkan dahulu perempuan yang paling bermakna dalam hidup aku. Insan di atas bernama Eshah Bt Mohamed. dilahirkan pada 10.1.1970 di kampung bendang kerian, tumpat Kelantan. Seorang perempuan yang telah mengandungkan aku selama 9 bulan 10 hari. aku menggelarkannya sebagai " Mak ".baru-baru ni umurnya telah genap 41 tahun. merupakan ibu kepada 6 orang anak dan tugasnya adalah suri rumah sepenuh masa. mak aku ni amat menggilai novel. rekod terkini, dapat menghabiskan sebuah novel dalam masa sehari..hu2.
Aku pula merupakan anak sulung daripada enam beradik, dua lelaki empat perempuan. Nama diberi ialah Mohd Al-Syafiq Bin Ariffin. Dilahirkan pada 9 mei 1989 di kampung bendang kerian, tumpat Kelantan. 9 mei 2011 nanti usiaku genap 22 tahun ( dah boleh tamatkan zaman bujang ).aku sedang mengikuti pengajian ijazah sarjana muda di USM p.pinang dan insyaallah akan grad pada 2012 nanti.

kat atas 2 pulak ialah pic ayah aku. hensem x? tu baru ayah, anak dia ni lagi la hensem. mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan,( prasan lebih ). tapi, kalau aku p mana2 dengan dia mesti org akan cakap kita orang ni adik beradik.ok, ayah aku ni mak dia kasi nama Ariffin Bin Ibrahim. dilahirkan pada 13.12.1964 di kampung yang sama dengan mak aku iaitu kampung bendang kerian tumpat, Kelantan. ayah aku bekerja sebagai buruh kampung jew bagi mencari sesuap nasi untuk membesarkan 6 orang anak. ayah aku ni boleh dikatakan tegas la dalam mendidik anak-anaknya. tapi, dalam masa yang sama dia agak spoting dan boleh dianggap sebagai kawan. hobi dia adalah memancing dan merupakan peminat fanatik bola sepak.
Ok, balik kepada topik asal. walaupun kontes ni hanya fokus kepada insan yang bergelar ibu, tapi aku perkenalkan jugak insan yang bergelar bapa kerana tanpa percantuman kedua-dua sperma ni xkn wujud kita kat dunia ni. tanpa mereka berdua siapalah kita ni kan.xkan la kita keluar melalui pokok buluh pulak kan. kali ni aku akan cuba coretkan sebaik mungkin bagi menjawab persoalan berkaitan dengan kontes ni.insyaallah..
Kenapa aku sayang sangat kat mak
Setiap manusia dalam dunia ni mempunyai emak. begitu jugak dengan aku. malah, tidak ada seorang manusia pun kat dunia ni yang tak sayangkn maknya. begitu juga aku, kasih sayang aku kepada mak tiada tandingannya.dan aku bersyukur sangat-sangat kerana keluar melalui rahim perempuan yang bernama Eshah. bagi aku dia seorang perempuan yang tabah, cekal, dan mempunyai selautan kasih sayang untuk dicurahkan kepada anak-anaknya.
Aku menyayangi mak aku lebih dari nyawa aku sendiri kerana dialah yang telah mengandungkan aku selama 9 bulan 10 hari. dia jugalah yang telah membesarkan aku semasa aku masih merah yang hanya sebesar tapak tangan ketika itu sehinggalah aku besar dan boleh hidup berdikari macam sekarang ni. cuba kita bayangkan, betapa seksanya emak semasa mengandungkan kita dengan perutnya yang sarat mengandungkan kita. selama 9 bulan dia membawa perut yang sarat ke hulu ke hilir yang seberat 10kg. betapa derita dan seksanya seorang ibu sebelom melahirkan kita.
Semasa dia nak melahirkan kita pula, dia telah mempertaruhkan nyawanya bagi memberikan ruang kepada kita untuk hidup dan dapat melihat dunia. betapa sakit dan azabnya seorang ibu untuk melahirkan kita. nyawanya bagaikan telur di hujung tanduk ketika itu. kesakitan yang dirasainya ketika itu hanya Tuhan saje yang tahu. cuba kita letak diri kita di tempatnya baru lah kita sedar betapa besarnya pengorbanan seorang insan yang bergelar ibu kepada anaknya sehingga sanggup pertaruhkan nyawa demi melahirkan anak.
Bagi aku, mak adalah segala-galanya dalam hidup aku. mak lah orang yang menyusukan aku dan menyuapkan nasi ke dalam mulut aku. mak jua lah pemberi dan pembakar semangat serta kekuatan aku untuk terus hidup dalam dunia arus perdana ni. Mak lah doktor yang merawat kelukaanku, mak lah guru yang mendidik dan mengajarku erti sebuah kehidupan, dan maklah kawan yang sering berada disampingku baik ketika susah mahu pun ketika senang. tanpa mak aku pun xtaw macam mana kehidupan aku kelak cz semasa mak sakit pun hidup aku dah kucar kacir tanpa ada hala tuju.
Sebenarnya, aku sendiri pun x taw yang mak sakit kerana dia sembunyikan perkara ni daripada aku semata-mata tak mahu pelajaran aku terjejas. tgk, betapa mulianya hati seorang ibu terhadap anaknya. aku tahu perkara ni pun daripada adik aku. bagi aku, tidak ada insan yang lebih mulia selain ibu.
Aku masih ingat lagi semasa mak aku jatuh sakit hari 2. benda ni berlaku sem lepas n waktu 2 aku duk kt usm. mak aku masuk hospital kerana jangkitan kuman dalam buah pinggang. ya Allah..perasaan aku ketika tu hanya Tuhan saje yang taw. aku memang tak boleh fokus kat study dah masa tu. sampaikan lecture mengajar dalam kelas pun aku tak faham apa-apa. benda yang ada dalam fikiran aku masa tu hanyalah mak aku. hari tu jugak aku cepat-cepat siapkan xsiment dan malamnya aku terus balik kampung.
Esoknya aku terus p tengok dia kat hospital n sampai je kat sana aku terus dapatkan mak .aku peluk n cium dia sepenuh hati. Air mata aku pula terus mengalir bila tengok mak aku terbaring kat atas katil sambil menahan sakit cz aku x penah lagi tengok mak aku sakit teruk mcm 2.tapi alhamdulillah, sekarang ni mak aku 2 pun dh sembuh cuma seminggu sekali mesti p buat fisioterapi kat hospital. aku selalu berdoa agar dia berada dalam keadaan sihat dan dipanjangkan umur. kalau Tuhan nak ambil nyawa dia sekali pun, biarlah aku sempat membalas jasa dia terlebih dulu.
Impian or azam aku untuk mereka
Bercakap soal azam ni pula, majoriti dalam kalangan kita semua mempunyai azam untuk ibu bapa masing-masing kan? ok, aku hanya ada dua azam untuk ibu n ayah aku. benda yang first skali aku nak buat ialah aku nak balas jasa dorang. aku nak belajar bersungguh-sungguh dan nak dapatkan kerja yang elok. pastu aku nak balas jasa mak dan ayah aku dengan membahagiakan mereka. aku akan sediakan segala keperluan dan memberikan kemewahan kepada mereka walau pun mereka tak minta. ini adalah azam dan impian aku semasa zaman sekolah lagi.
aku bukanlah berasal daripada keluarga yang senang atau mewah sebenarnya. aku dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan. dulu, hidup kami sekeluarga bukan macam sekarang ni, hidup kami dulu punya la susah. masa aku kecik2 dulu ayah aku kerja kat Singapura, mak aku pulak duk kat kg menjual kuih. Kami sekeluarga selalu dipandang hina dan dikutuk oleh orang sekeliling. yela, stakat keje sebagai kuli rumah batu n menjual kuih ape la sangat kan? siapa yang nak pandang. aku still ingat lagi pesanan mak aku, dia suh aku blaja rajin2 dan ubah nasib keluarga aku. pesanan tu masih terpahat dalam hati aku hingga hari ni dan insyaallah aku akan buktikannya nanti.
Azam aku yang kedua ialah, aku nak jaga mak dan ayah aku sehingga mereka menghembuskan nafas yang terakhir. yelah, mereka telah besusah payah menjaga, mengasuh, dan mendidik aku dari kecil sehinggalah aku dewasa. so, sekarang giliran aku pula untuk menjaga mereka. tapi, aku sebenarnya sedih dengan persepsi dan tindakan segelintir anak-anak muda hari ni. mereka mudah lupa asal usul mereka sehingga menganggap ibu bapa mereka sebagai satu beban. mereka sanggup p hantar ibu mereka ke rumah orang-orang tua. wajarkah seorang anak perlakukan sedemikian kpd org yang telah membesarkannya? ini lah yang orang selalu cakap, Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak tu belum tentu lagi dapat menjaga seorang ibu.
kepada insan yang bergelar anak ingatlah, Setinggi mana pun kita belajar, sehebat mana keje yang kita perolehi, dan sebesar mana pun gaji yang kita dapat, janganlah kita mudah lupa asal usul. janganlah kita sisih dan buang orang yang telah mengandung dan melahirkan kita. ibulah yang telah bersusah payah mendidik, mengasuh dan membesarkan kita agar menjadi seorang manusia yang berguna. malah, bapa lah orang yang telah berpenat lelah memerah keringat dan membanting tulang empat kerat mencari sesuap nasi demi menyara anak dan isteri. tanpa mereka, kita tidak akan mengecapi semua tu. kalau itu berlaku, kenikmatan dan kemewahan yang kita dapat tu tidak akan kekal lama. percayalah. dan kita semua juga jangan lupa yang syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu.
Perkara paling nakal aku buat sehingga mak menangis
Ok, dulu aku ni bukan seorang anak yang baik. aku dah banyak lukakan hati dan perasaan mak aku. perangai aku dulu boleh diibaratkan perangai manusia pada zaman jahiliah yang penuh dengan keangkuhan dan kedegilan tahap dewa. ape yang aku ceritakan kat sini diharap dapat memberi iktibar dan satu pengajaran yang berguna kepada para pembaca.
dulu, semasa aku form 4 n 5 aku ni seorang kaki rempit. tiap2 malam aku kua merempit. aku selalu abaikan pelajaran. seingat aku ada dua benda yang aku lakukan sehingga membuatkan mak aku menangis. first skali bila mak aku dapat tahu yang aku merokok. aku tak boleh bayangkan betapa hancurnya hati dan perasaan mak aku ketika itu. mak aku punya la sebak, dia menangis-nangis di depan aku sambil marah-marah. aku hanya mendiamkan diri je ketika tu sebab berasa bersalah sangat-sangat kat mak aku. betapa banyaknya dosa aku kat mak.
Benda kedua yang aku buat sampai mak aku menangis ialah semasa aku mendapat no kedua last dalam kelas iaitu 39/40. waktu tu ibu bapa yang kena p ambek result kat sekolah n masa tu mak aku yang p. selepas dia tengok jew result aku, dia terus menangis. air mata dia x henti-henti mengalir. punyer la sebak mak aku masa tu n aku sendiri x sanggup nak tengok muka dia. aku hanya mampu berkata dalam hati ( ini ke balasan yang aku bagi kat mak yang telah mengasuh dan menjaga aku sejak kecil ). aku menyesal sangat2 ketika tu dan aku terus mintak maaf kat mak. mulai hari 2 aku berazam untuk tinggalkan perangai lama aku 2 n nak stady bersungguh-sungguh. aku nak jadi seorang anak yang berguna dan berjaya dalam hidup serta menjadi kebanggaan ibu bapa. alhamdulillah, aku mendapat 5A dalam peperiksaan SPM.
* Benda aku buat yang menggembirakan mak
Jujur aku cakap, selama aku hidup kat dunia ni aku x penah lagi tengok mak aku gembira macam ni. betapa bahagianya aku rasa bila tengok senyuman yang terukir pada wajah mak aku masa 2. peristiwa ni berlaku pada bulan march 2009. waktu tu result STPM aku kua dan aku terkejut sangat2 bila nama aku dipanggil serta tersenarai dalam nama 80 orang yang mendapat tawaran ke Universiti Sains Malaysia ( USM ). Ya Allah, betapa bahagia n indahnya dunia aku rasa masa 2.
Sampai je kat umah n belum sempat turun moto aku terus menjerit2 panggil mak aku. alangkah gembiranya mak n ayah aku bila tengok result aku sekaligus mendapat tawaran ke USM. aku lah anak pertama mereka yang berjaya menjejakkan kaki ke Universiti. mak mana yang x gembira bila tengok anak mereka berjaya kan. inilah hadiah terbesar yang aku bagi kat mak. ini lah juga saat yang ditunggu-tunggu dan yang dinanti-nantikan oleh mak n ayah aku selama ni.
P/S : Dari rahim ibu kita keluar, kita mula membuka mata, seterusnya menjalani kehidupan sehingga kita menghembuskan nafas yang terakhir. semua itu bermula daripada insan yang bernama ibu. tiada insan lain yang lebih mulia daripada seorang ibu. hargailah mereka selagi mereka masih bernyawa dan bersama dengan kita. Setelah mereka pergi, penyesalan dengan titisan air mata darah sekali pun sudah tidak berguna lagi kerana mereka tidak akan kembali.