Assalamualaikum dan salam mesra. selamat hari Jumaat kepada semua, jumaat juga merupakan penghulu segala hari. semoga Jumaat yang tiba membawa sinar lebih ceria. OOwhh yeah...! ari ni xdop klss mesti hepi punya. boleh rehat-rehatkan minda ni drp sterss..ha3..!!
Hari ni amber nak kongsi empat perkara yang senang je nak buat. takdela smpai keluar peluh pom. modal ayaq liur jew..ha3, tapi letih jgk sbb kena taip, ibu jari pn dh bengkak2 ni..tp xpe, x salah klu nk kongsi ilmu yg berguna..huhuhu.jom kita share ilmu ni bersama-sama agr kita blh praktikkan dlm khdupan kita.
Aadeehh..sdp nyo bdk nim tido,
x kaba apo narok ko.huhu
"Wahai Aisyah, janganlah engkau tidur sebelum melakukan empat perkara :
1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum melaksanakan haji dan umrah.
Bertanyalah Aisyah RA:
"Wahai Rasulullah.. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasulullah SAW tersenyum dan bersabda :
Jika engkau hendak tidur,
Bacalah surah Al Ikhlas tiga kali, seakan-akan engkau mengkhatamkan Al Qur'an. Bismillaahirrohmaanirrohiim, Qulhualloohu ahad. Alloohusshomad. lam yalid walam yuulad. walam yakul lahuu kufuwan ahad. ( 3 x )
Berselawatlah untukKu (Rasulullah) dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari akhirat.
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Allahumma shollii 'alaa saidinaa Muhammad wa'alaa aaliihi saidinaa Muhammad ( 3 x )
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.
Astaghfirulloohal adziim alladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )
Dan, perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir. maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Subhanallahi Walhamdulillahi walaailaaha illallaahu Allahu akbar ( 3 x )
[sumber : Tafsir Haqqi]
"Perbanyakkan bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir. maka seakan-akan engkau telah melaksanakan haji dan umrah."
Bukanlah maksud kat sini lepas buat benda tu kita tak perlu dah nak pergi haji dan umrah. dalam hadith ini, ia simbolik betapa besarnya pahala yang diberikan kepada mereka yang bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir..
Amalkan membaca ayat Qursi sebelum tidur bagi mengelak gangguan jin dan makhluk yang
seangkatan dengannya.
P/S: marilah kita sama-sama praktikkannya dalam kehidupan agar hidup kita lebih sempurna disamping mendapat keredhaan dariNya. pesanan ini juga adalah kpd diri saya sendiri hendaknya. so, meh la sama-sama kita amalkannya sebelum tidur..hehehe


No comments:
Post a Comment